Saturday, September 5, 2009

Unsur-unsur Islam (Teman Yang Salih)

Di antara perkara-perkara yang penting, yang wajar diambil berat oleh ibu bapa terhadap anaknya yang masih muda; ialah memilihkan untuknya teman-teman yang salih dan yang boleh dipercayai, yang mana dapat mengingatkannya apabila dia terlupa, menasihatnya apabila dia bengkok, membantunya jika dia berjalan lurus dan menolongnya jika dia ditimpa bencana atau celaka.

Memang sudah diketahui, bahwa teman-teman yang sedemikian rupa itu amat sedikit, terutama sekali pada zaman ini, dimana sangat kecil sekali bilangan teman yang ikhlas dan teman yang Mu'min hakiki. Ya, kita mengakui bahawa bilangan mereka itu amat kecil sekali, tetapi bilangan yang kecil ini ada dimana-mana tempat pun, mereka dikenal dengan akhlak mereka yang mulia dan jalan mereka yang lurus. Teman yang baik itu ialah yang dapat dipercayai, dapat ditujui dan yang dapat digantung segala harapan kepadanya.

Tidak syak lagi, bahawa manusia itu selalu jadi pak turut temannya dan bahwa seorang teman dengan temannya saling turut menurut seperti burung-burung yang sering medampingi bangsanya. Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.wa sebagaimana yang diriwayatkan oleh At-Termidzi yang bermaksud :
"Manusia itu menjadi pak turut temannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatiakan siapa yang hendak dibuat teman".

Saturday, August 29, 2009

Sabar

DPI Class 28.8.09

Selamat berpuasa semoga amalan diterima Allah. Semoga semua urusan berjalan dengan selamat dan sempurna. Sabar ketika menghadapi segala halangan yang mendatang.